Entertainment

Filem Geng : Review Ke-2

Geng - Review Ke-2

Malam tadi, saya ke panggung wayang sekali lagi untuk tengok filem Geng: Pengembaraan Bermula. Untuk tontonan kali ke-2 ni, misi saya lain, kali ni saya nak cari kekurangan filem ni pulak. hehehe… Continue reading »

Filem Geng : Pengembaraan Bermula – 10 Bintang!!!

Geng: Pengembaraan Bermula - 10 Bintang

Dengan berani dan bangganya saya ingin mengumumkan bahawa blog TechTarik.net memberikan rating 10 Bintang kepada filem animasi 3D pertama Malaysia iaitu GENG : Pengembaraan Bermula.

Susah saya nak buat review filem ini sebab selepas saya menonton filem ni malam tadi, saya tak dapat cari apakah perkataan yang lebih hebat dari BEST.

Terus terang saya katakan, dah lama sangat saya tidak menonton filem yang sangat kelakar dan menghiburkan dari awal sampai habis seperti filem GENG ini (Memang kelakar tahap kritikal! Percayalah! Bukan macam satu filem tu yang claim lawaknya tahap kritikal, tapi hampeh…). Dapat saya bayangkan, kalau versi Bahasa Inggeris filem ini telah keluar nanti dan filem ini ditayangkan di negara lain, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Walt Disney dan Hollywood pun akan salute dengan filem 3D pertama Malaysia ini!

Kenapa saya bagi rating sampai 10 Bintang kepada filem GENG?

  1. Kualiti animasi 3D yang sangat baik! Jika diberikan budget yang lebih besar, saya percaya tenaga kerja Les’ Copaque boleh menghasilkan animasi 3D yang lebih dahsyat lagi. Hidup local talent!
  2. Idea yang segar dan kreatif! Jalan cerita filem ini tersangatlah menarik dan mudah untuk difahami. Anda akan terhibur dari awal sehingga akhir filem. Masa saya menonton kat Metrowealth Riverside Cineplex malam tadi, semua orang dalam cinema hall tu dari budak-budak sampai la makcik-makcik dan pakcik-pakcik gelak bagai nak rak! Bila sampai part sedih, semua orang sedih (Ada la sorang awek yang duduk kat sebelah saya malam tadi keluar air mata masa part sedih tu… huhu… :P ). Melihatkan fenomena itu, dalam hati saya berkata, akhirnya ada jugak filem yang boleh buat semua bangsa, semua agama dan seluruh masyarakat Malaysia betul-betul terhibur (hasil terjemahan dari bahasa Melayu Sarawak :P ).
  3. Antara watak-watak dalam filem ini adalah kembar kesangan rakyat Malaysia iaitu Upin dan Ipin, Rajoo, Oopet, Badrol, Lim, Ros, Tok Dalang, Mak Uda, Muthu, dan lain-lain. Kesemuanya hebat! Tiada hero atau heroin, tiada watak sampingan, kerana semuanya watak penting.
  4. Terdapat scene-scene yang mungkin filem Hollywood tak terfikir nak buat! Anda akan terjumpa satu scene umpama Neo (The Matrix) mengelak peluru secara slow motion, tetapi dalam versi Upin dan Ipin. :D
  5. Yang paling penting, dalam fikiran anda akan sentiasa teringat dan terngiang-ngiang dialog-dialog lucu dari kesemua watak filem GENG walaupun telah 24 jam (atau lebih) anda habis menonton filem tersebut. Percayalah, fikiran anda akan asyik teringkatkan filem ini walaupun telah lama anda habis menonton. Worst case scenario, anda akan terasa untuk ingin menonton filem ini lagi sekali dan tidak lokek untuk menghabiskan sedikit prepaid anda untuk sms dan mempromosikan filem ini kepada kawan-kawan dan saudara mara anda. hehehe…

Dialog yang saya takkan dapat lupa sampai bila-bila dari filem ini:

Ingat Fikir Masa Depan!

Tontonlah filem ini, dan anda akan tahu apa yang saya maksudkan. :D

Continue reading »

Pacai Reads My Blog!

Hehehe… I’m kinda proud because few weeks back when I checked out the comments made by the fellow readers, I found out that Pacai (he is responsible for music score in SEPI) also made a comments on this blog. On his recent comment, he said that the collection for SEPI was pretty disappointing.

I personally think that the reason behind the disappointing collection was the promotion. For me, the movie trailer that was released to be aired on TV was quite unimpressive and unattractive. I came to see the movie at the cinema not because I’m attracted by the promotion, but because of my personal interest with a quality movie made by Kabir Bhatia an his team. Continue reading »