Setelah menonton filem Sepi pada 26 Jun yang lepas, berani saya katakan bahawa filem ini adalah filem Malaysia terbaik yang pernah saya tonton. Tiga cerita hebat didalam satu filem membuatkan saya puas menonton (tapi rasa macam nak tengok lagi..). Tak rugi rasanya membayar tiket berharga RM8 di Metrowealth Riverside Cineplex, Kuching.
Pada permulaan filem ini anda akan tahu bagaimana tiga cerita yang berbeza ini dikaitkan dengan begitu sempurna. Lakonan Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasya Aziz, Eja, Riezman Khuzaimi, Tony Eusoff, Syed Hussein, Baizura Kahar, Pierre Andre dan semua pelakon tambahan teramatlah mantap. Respek betul saya dengan pelakon-pelakon termasuk penulis skrip dan pengarah filem ini. Ini kerana setiap elemen didalam filem ini dirasakan cukup ramuannya, tidak berlebih-lebih dan yang paling penting.. logik.
Saya bukanlah tak suka dengan filem Indonesia, tetapi dalam filem LOVE (remake filem Cinta versi Indonesia) watak Rama (Fauzi Baadilla) and Iin (Acha Septriasa) tak pasal-pasal bersajak/berpuisi dalam satu scene tu. Ini merupakan sesuatu yang sangat tidak logik dalam kehidupan seharian kita. Tetapi didalam filem Sepi penulis skrip sangat bijak mengatur logik antara sastera dan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Ini kerana rakyat Malaysia, kalau bukan sebab pertandingan, jadi emcee majlis rasmi, meminang anak dara orang atau pementasan teater dan kalau dah terpaksa sangat, barulah nak berpuisi atau bersajak atau berpantun. Kalau anda boleh berpuisi, bersajak atau berpantun dalam pertuturan kehidupan seharian anda, sah! anda layak untuk menyertai rancangan Raja Lawak.
Kepada semua rakyat Malaysia yang mampu untuk menonton filem, tontonlah Sepi di pawagam. Kerana ianya umpama “sup ayam untuk jiwa anda” (chicken soup for your soul.. wahaha..).
Kepada Kabir Bhatia dan penerbit filem ini, tolonglah jangan buat remake filem ini dengan menggunakan pelakon-pelakon Indonesia seperti yang anda telah buat dengan filem Cinta. Yakinlah bahawa filem Sepi ini terlalu bagus untuk dibuat remake dan saya yakin bahawa anda akan mengalami masalah untuk mencari pelakon Indonesia yang sama hebat dan sama kecil dengan Afdlin Shauki.
Soundtrack filem ini juga sangat bertepatan dengan cerita dan catchy. Seingat saya antara lagu-lagu yang terdapat dalam filem ini adalah Diari Seorang lelaki (Pretty ugly), Aku Bukan untukmu (Zaf & Lah V.E.), Sepi (Yuni Shara) dan Kembang Perawan & Vocalizing (Gita Gutawa).
Bolehlah saya katakan bahawa saya telah mendapat beberapa pengajaran yang agak berguna melalui filem ini iaitu :-
- Jangan buang flyers merata-rata - bahaya!
- Jangan melintas jalan tanpa toleh kiri-kanan - bahaya!
- Jangan leka semasa driving - bahaya!
- Kahwin dengan orang yang anda cintai.
- Cari girlfriend yang boleh hadiahkan tayar kereta sekiranya tayar kereta anda pancit.
- Bercutilah dengan keluarga anda sementara hayat dikandung badan.
- Jogging guna kasut yang ada air-cond.
- Lupakan kisah pahit dan mulakan kehidupan baru.
- Jangan tegur perempuan yang bercakap sorang-sorang.
Dan yang paling utama… Cinta tak datang hanya sekali… Wahaha!! Sungguh jiwang aku hari ini…
Peace!
My Prediction :
- Filem ini akan mendapat anugerah filem terbaik dalam Festival Filem Malaysia yang akan datang.
- Pelakon-pelakon dalam filem ini akan memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik, pelakon wanita terbaik, pelakon pembantu lelaki terbaik, pelakon pembantu wanita terbaik, dan mungkin pelakon komedi terbaik(Nasha Aziz).


titan : 01 July 2008 at 1:11 pm
waa. macam best je. Kene join tengok gak ni..
durian76 : 02 July 2008 at 8:52 pm
wahhhh… aku nak nanga juak crita ya. tapi bila…? amacam website dah update kah boss?
zara : 03 July 2008 at 9:42 am
The film so interesting…and thanks for the great info. Still cant find free time to watch it, but of course will watch it.
zaras last blog post..Cinta, Love and Sepi
ariff : 03 July 2008 at 1:30 pm
waaahhh..i’ve watched SEPI yesterday..n guess wut??i’m totally agree dat diz film is the best M’sian movie ever!!!(ok,i’m exeggerating… =P) i wont b surprise if SEPI wins best film award n d actors win a few of d best actor category..(afdlin-best actor,vanida or eja-best supportin actress,baizura kahar-best breakthru female,sean-best breakthru male)<—–my predictions!
but,i juz wanna state dat,tony eusoff’s character is not vry convincing,boring n not well dvloped n i bet quite a lot of d viewers will agree so..nvrtheless,its a mesti tonton movie by all m’sian!!! hav fuv.. =P
e1d : 03 July 2008 at 2:17 pm
@titan: memang best pun.. tak rugi tengok!
@durian76: pegi lah kuching nangga.. gerenti agik ada ditayang bah..
@zara: u better watch it now while it’s still playing on the main cinema hall.. (for a better audio and surround experience)
@ariff: hehe.. in the end, tony eusoff’s character as his own grown up son looks weird too.
[YeOp] : 04 July 2008 at 1:08 am
Saya berpendapat Sepi akan memenangi Anugerah Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia yang akan datang. Hail Khabir Bhatia!
Eja_schumi : 04 July 2008 at 8:48 am
saya dah tengok cerita sepi..jalan cerita yang menarik..walaupun tajuk filem ini “SEPI” tapi ceritanya tak SEPI..penuh dengan sinematografi yang cantik,lakonan hebat dari semua pelakon dan makna cinta diolah dari sudut berbeza..oleh setiap watak..paling meletup watak nasha aziz…very funny person..rugi kalau tak tengok…
Maman : 04 July 2008 at 6:43 pm
I love Filem SEPI. Lengkap dengan ramuan. Tahniah Warga Filem SEPI
intan : 10 July 2008 at 12:21 am
sy br jek tgk filem nie ptg td. rs eager yg sgt2 nk tgk muvie nie slps bace komen2 + puji2an yg tertera di atas.
my friend said (yg tgk sekali ngan sy)filem cinta lg bes. dier bg 4/5 bintang tuk filem sepi.
ermm….first, congrats kt sumer production sepi, it’s a great movie. bg sy, filem nie jln cerita dier menarik (connection antara kisah 3 org nie very good). cinematography dier beautiful! pilihan songs (ost) mmg tepat. bleh buat org nangis dlm panggung. pelakonnyer mmg superb! (except baizura kahar’s wig..it looks weird + asyraf (sufi’s son) xbnyk script sampaikan sy ingat budak tu bisu. tp bile dier ckp ” i love you three” kt mama dier then sy realized he is normal).
overall,adam’s story is the best becoz mmg skrg ramai org masih tercari2 their soulmate, (ader yg carik2 tp xjumpe n sumtime when u found them, it’s already too late *sigh*) sampaikan adam nk kawen ngan pompuan yg dier xcinta sbb kecewa ngan ilyana. that’s what people always do, after kecewa ngan seseorg, terus accept saper2 jek dgn alasan “she loves me”. rite? but this story tells about second chance..dis movie teaches you that u must fight for your love..ur happiness..finally adam married to ilyana n he doesn’t need to sit at single table anymore. :>
just like what sufi and ean did. they fight for their love even though it takes sufi’s whole life waiting for marya. mule2 sy cm marah ngan watak sufi yg desak2 marya tinggalkan husband dier. (kn xbaik meruntuhkan masjid, plus marya’s husband tuh tersgtlah baik hati-kalu mayra nk mntk cerai pon, xder alasan) but then sy realized yg sufi mmg terlalu cintakan marya, dier dh rs peritnyer kehilangan bile his wife died in the car accident. kite pon xnk kn kehilangan org yg kita cinta buat kali kedua..rite?
n lucky for ean, imaan finally get over khalil.happy ending..yeay!
i give 5/5 star for this movie. :>
e1d : 10 July 2008 at 9:28 am
@[YeOp]: Saya setuju.. Kecuali kalau lepas ni ada file yang lagi hebat keluar. hehe..
@Eja_schumi: Watak Nasya Aziz dalam filem Sepi ni betul-betul berkesan kan? Selalu sangat buat kita rasa menyampah..
@Maman: “Lengkap dengan ramuan” - Sama macam skrip Afdlin dalam filem Sepi je? haha..
@intan: Komen yang dahsyat! hehe.. part yang saya terlepas review pun awak ada cover dlm komen awak..
zara : 13 July 2008 at 12:45 am
Yup!
Its one of the best movie this year!
zaras last blog post..Dreams
Farcruise : 14 July 2008 at 12:23 pm
Sepi is a Masterpiece!
*Sungguh rugi aku tgk filem ni lambat sgt, patutnya boleh layan 10 kali…
pacai : 17 July 2008 at 3:13 am
Hi guys!
I’m Pacai, responsible for the music score in SEPI.
Would like to thank u guys for supporting local movie maker.
Thanks
P
Norhafidz : 22 July 2008 at 7:33 pm
tak tengok lagi, but ramai yang kata best, kena tgk nanti
hello pacheye! I’m one of your fan =P
anonymous : 03 August 2008 at 12:36 am
Sudah sampai masanya kita memberi saingan semula di festival filem asia seperti filem-filem tan sri p ramlee dahulu…
pacai : 03 August 2008 at 11:18 pm
Guess what guys.. Collection untuk filem Sepi amat mendukacitakan walaupun ramai yang memuji kualitinya.
Tak tau lah apa yang tak kena… mungkin orang sibuk tengok summer release filem barat.
Apa lah nasib Sepi.. sepi jugak pawagam di buat dono.
Anyway, kepada yang telah menonton, terimakasih kerana menyokong industri filem tempatan.
Thanks
P
Pacai Reads My Blog! | TechTarik.net : 06 August 2008 at 1:02 am
[...] comments made by the fellow readers, I found out that Pacai (he is responsible for music score in SEPI) also made a comments on this blog. On his recent comment, he said that the collection for SEPI was [...]
e1d : 06 August 2008 at 1:09 am
Industri filem kita sedang meningkat maju.. Kite cuma perlu sokong jer.. TAPI jangan sokong yang tak berkualiti.. Mungkin SEPI cuma dapat tarikh yang kurang sesuai utk tayangan kot.. Sebab masa tayangan SEPI berlambak filem Hollywood yang best tgh tunggu untuk tayangan.
nuha : 09 November 2008 at 8:06 am
salam…agak lewat rasanya aku nak komen pasal citer “sepi”…tak tau la ada org nk baca lagi ke….
aku sebenarnya baru tonton citer ni..november. kan lewat tu…
movie ni menyentuh hati aku betul..sungguh-sungguh…dan salah satu babak dlm citer tu ada persamaan dgn kisah cinta aku….part eusoff dan eja….aku tgk sampai ke sudah dia sanggup tunggu sehinggalah dia menemui ajal…dan aku tak setabah watak mcm eusoff…..
aku mencintai seorang mualaf berbangsa cina. he’s a nice man ever yg aku jumpai dalam hidup…(bukan sbb paras rupa..aku suka dia…tapi pemikiran dia ttg islam…) cinta hanya tinggal cinta…aku terpaksa memilih org lain sbgai pasangan hidup…pilihan keluarga..aku da luahkan rasa cinta aku pada dia…seems that, he got big family prob n dia anak pertama dlm kelurga….he just focus pada keja dulu…fine…
buat apa la aku nak tunggu lagi…mula2 rasa sedih,putus asa,marah,benci..but at last aku jadi kawan tapi mesra lagi dgn dia….but one thing…aku da bertunang, lagi 4 bulan aku akan kawin…aku tak rasa pun aku cinta pada pilihan keluarga aku….got no feeling….until la aku tgk citer ni….aku menangis..dan pada saat itu juga aku contact dia…aku luah sekali lagi…dan betullah….dia sebenarnya ada intention untuk serious dalam perhubungan ku ketika dulu….but…i told him aku tak boleh tunggu dia…so sad…(tahu la…it’s a game juga dalam idup)macam juga eusoff dalam watak tu…dia juga menghabiskan waktunya utk berlari….seolah2 nak melupakan sesuatu…..he’s into marathon walkathon ….
itu…lah…tak boleh tido aku lepas tgk citer tu…mungkinkah aku ini tak setabah watak eusoff? kenapa aku mesti memilih org yg tidak kucintai dlm hidup….mengapa aku lewat mengenali dia…andaila kami bertemu awal….semuanya sudah terlambat….
‘dia’ tanya aku…u dun sound like u r happy wif him…aku cakap
‘lalui saja hidup ini’…..
tapi dlm hati kecil ini, aku yakin suatu hari aku akan bertemu dan bercinta sekali lagi………………